Wednesday, September 1, 2010
Lesson Plan (LV 1)
Mata Pelajaran : Matematik Tambahan Tingkatan 4
Kelas : 4 Sains 1
Bilangan Pelajar : 32 orang
Tarikh : 23 September 2010
Masa : 8.10 a.m – 8.50 a.m
Topik : Pembezaan
Subtopik : (C1.2) Terbitan Pertama Fungsi Polinomial
i. Persamaan normal kepada sesuatu titik pada suatu lengkung.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
i. Menentukan persamaan normal kepada sesuatu titik pada suatu lengkung.
Pengetahuan Sedia Ada: i. Pelajar telah menguasai idea tangen kepada lengkung dan hubungan dengan pembezaan.
ii. Pelajar telah menguasai cara untuk mencari terbitan
pertama untuk fungsi algebra.
iii. Pelajar telah menguasai konsep kecerunan tangen
kepada sesuatu titik pada suatu lengkung.
Kaedah Mengajar : Konstruktivisme
Pendekatan Pengajaran : Berpusatkan pelajar
KBKK : Menghubung kait
Nilai Murni : Bekerjasama
LANGKAH / MASA | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN |
SET INDUKSI (3 minit) | - Guru menyoal pelajar tentang kecerunan dan tangen. · Apakah maksud tangen? · Apakah perkaitan tangen kepada lengkung dan hubungan dengan pembezaan? | |
PERKEMBANGAN ISI -LANGKAH 1- (15 minit) | - Guru memberikan lembaran kerja (Lampiran 1) kepada setiap pelajar dan meminta mereka berbincang secara berpasangan. - Masa yang diberikan untuk menjawab adalah selama 12 minit dan pelajar perlu mengisi semua ruang kosong yang disediakan. - Pelajar dapat mengkonstruk suatu rumus baru melalui corak yang dapat dikenalpasti dalam jawapan yang diberikan oleh mereka. - Pelajar diberi masa selama 3 minit untuk berkongsi hasil kerja dan membuat kesimpulan mengenai hubungan m1 dan m2. | · Kaedah: - Konstruktivisme · KBKK: - Menghubung kait maklumat- maklumat yang dikumpul untuk menghasilkan satu perkaitan antara m1 dan m2. · Nilai Murni: - Bekerjasama dalam mengkonstruk rumus m1m2 = -1 · Bahan Bantu Mengajar: - Lembaran kerja |
PENGEMBANGAN ISI -LANGKAH 2- (8 minit) | - Guru mengukuhkan lagi pemahaman pelajar berkenaan hubungan antara m1 dan m2. - Guru menerangkan cara mengaplikasikan rumus m1m2 = -1 dalam membentuk persamaan normal. | |
PENILAIAN (10 minit) | - Guru menilai pelajar dengan memberikan 1 soalan (Lampiran2) yang perlu dijawab pelajar secara individu dalam masa 5 minit. - Dua orang pelajar diminta untuk menunjukkan hasil kerja di papan putih secara sukarela dalam masa 3 minit. - Guru menyemak jawapan bersama pelajar. | · Bahan Bantu Mengajar: - Lampiran 2 |
KESIMPULAN (4 minit) | - Guru menyimpulkan subtopik yang telah dipelajari.
| |
REFLEKSI:
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________