Wednesday, September 1, 2010

Lesson Plan (LV 1)

Mata Pelajaran : Matematik Tambahan Tingkatan 4

Kelas : 4 Sains 1

Bilangan Pelajar : 32 orang

Tarikh : 23 September 2010

Masa : 8.10 a.m – 8.50 a.m

Topik : Pembezaan


Subtopik : (C1.2) Terbitan Pertama Fungsi Polinomial

i. Persamaan normal kepada sesuatu titik pada suatu lengkung.


Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

i. Menentukan persamaan normal kepada sesuatu titik pada suatu lengkung.


Pengetahuan Sedia Ada: i. Pelajar telah menguasai idea tangen kepada lengkung dan hubungan dengan pembezaan.

ii. Pelajar telah menguasai cara untuk mencari terbitan

pertama untuk fungsi algebra.

iii. Pelajar telah menguasai konsep kecerunan tangen

kepada sesuatu titik pada suatu lengkung.


Kaedah Mengajar : Konstruktivisme

Pendekatan Pengajaran : Berpusatkan pelajar

KBKK : Menghubung kait

Nilai Murni : Bekerjasama


LANGKAH / MASA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI

(3 minit)

- Guru menyoal pelajar tentang kecerunan dan tangen.

· Apakah maksud tangen?

· Apakah perkaitan tangen kepada lengkung dan hubungan dengan pembezaan?

PERKEMBANGAN

ISI

-LANGKAH 1-

(15 minit)

- Guru memberikan lembaran kerja (Lampiran 1) kepada setiap

pelajar dan meminta mereka berbincang secara berpasangan.

- Masa yang diberikan untuk menjawab adalah selama 12 minit

dan pelajar perlu mengisi semua ruang kosong yang disediakan.

- Pelajar dapat mengkonstruk suatu rumus baru melalui corak

yang dapat dikenalpasti dalam jawapan yang diberikan oleh

mereka.

- Pelajar diberi masa selama 3 minit untuk berkongsi hasil kerja

dan membuat kesimpulan mengenai hubungan m1 dan m2.

· Kaedah:

- Konstruktivisme

· KBKK:

- Menghubung kait maklumat-

maklumat yang dikumpul untuk

menghasilkan satu perkaitan antara

m1 dan m2.

· Nilai Murni:

- Bekerjasama dalam

mengkonstruk rumus m1m2 = -1

· Bahan Bantu Mengajar:

- Lembaran kerja

PENGEMBANGAN

ISI

-LANGKAH 2-

(8 minit)

- Guru mengukuhkan lagi pemahaman pelajar berkenaan

hubungan antara m1 dan m2.

- Guru menerangkan cara mengaplikasikan rumus m1m2 = -1

dalam membentuk persamaan normal.

PENILAIAN

(10 minit)

- Guru menilai pelajar dengan memberikan 1 soalan (Lampiran2)

yang perlu dijawab pelajar secara individu dalam masa 5 minit.

- Dua orang pelajar diminta untuk menunjukkan hasil kerja di

papan putih secara sukarela dalam masa 3 minit.

- Guru menyemak jawapan bersama pelajar.

· Bahan Bantu Mengajar:

- Lampiran 2

KESIMPULAN

(4 minit)

- Guru menyimpulkan subtopik yang telah dipelajari.

  • persamaan normal kepada sesuatu titik pada suatu lengkung.

REFLEKSI:

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © PEMBEZAAN
Theme by BloggerThemes & Dfreebies
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates