Kadaran
- Misalnya,
Maka, panjang sisi segi empat sama adalah berkadaran dengan perimeternya.
- Katakanlah, p dan q adalah dua nilai bagi kuantiti A. r dan s adalah dua nilai bagi kuantiti B
yang sepadan dengan p dan q.
I. Jika p/q = r/s atau p : q = r : s, maka kuantiti A berkadaran dengan kuantiti B.
II. Sebaliknya, jika kuantiti A berkadaran dengan kuantiti B, maka p/q = r/s atau p : q = r : s.
Perkaitan antara kadaran dan Terbitan Pertama Polinomial dapat dilihat dengan jelas kerana perubahan pada x adalah berkadar dengan perubahan pada f(x).
Contoh Soalan:
Hitung harga 12 biji kelapa yang sama sekiranya 7 biji kelapa berharga RM 5.95.
Penyelesaian:
1) Nisbah dan Kadar
Katakanlah, RM a = Harga 12 biji kelapa.
Harga kelapa dan bilangan kelapa yang dibeli adalah berkadaran.
2) Terbitan Pertama Fungsi Polinomial
f (x) = 5.95/7 x
f' (x) = 5.95/7
Setiap kali x berubah 1 unit, f (x) akan berubah 5.95/7 unit.
Jadi, apabila x berubah 12 unit, iaitu x = 12 biji kelapa.
f (x) akan berubah 5.95/7 (12) = RM 10.20.
Oleh itu, harga 12 biji kelapa adalah RM 10.20.
0 comments:
Post a Comment