Sunday, August 1, 2010

Tingkatan 4 - Fungsi

Fungsi

- Fungsi sebagai sejenis hubungan khas

- Fungsi ialah sejenis hubungan khas dengan setiap objek dalam domain yang mempunyai hanya satu imej dalam julat.

- Jika objek sesuatu fungsi diberi maka imejnya dapat ditentukan.

- Jika imej sesuatu fungsi diketahui, objek fungsi dapat ditentukan.


Katakan,

x = objek

y = imej


Sekiranya f (x) = 2 x -5

Apabila x = 1

f (x) = -3

x = 2

f (x) = -1

x = 3

f (x) = 1


Sekiranya, kita menganalisis pola perubahan yang berlaku pada fungsi, f (x) = 2 x -5, apabila

x berubah satu unit, maka, kita dapat simpulkan bahawa f (x) berubah dua unit.


x

1

2

3

f (x)

-3

-1

1


Fungsi dapat dikaitkan dengan Terbitan Pertama Fungsi Polinomial iaitu:


Jika, f (x) = 2 x -5

Maka dy/dx = 2 Hal ini menunjukkan bahawa jika y = f (x) ialah satu fungsi dalam sebutan x

maka dy/dx = f '(x) = 2 merujuk kepada perubahan pada f (x) setiap kali x berubah satu unit.


Contoh Soalan:

Keuntungan seorang peniaga dalam RM, diberi oleh , f (x) = 32 x -256 dengan x adalah

bilangan produk yang dijual. Cari bilangan produk yang dijual jika peniaga itu tidak mendapat

keuntungan.


Penyelesaian:

1) Fungsi

f (x) = 32 x -256

f (x) ; imej = 0

32 x - 256 = 0

x = 8


2) Terbitan Pertama Fungsi Polinomial

f (x) = 32 x -256

f ' (x) = 32

Setiap kali, x berubah 1 unit, f (x) akan berubah 32 unit.


x

0

1

2

3

4

5

6

7

8

f (x)

-256

-224

-192

-160

-128

-96

-64

-32

0

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © PEMBEZAAN
Theme by BloggerThemes & Dfreebies
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates